Thursday, December 31, 2009

salam semua

29hb - nana dan kawan kawan memulakan perjalanan dari bandaraya miri ke sabah.... :)

Sunday, December 27, 2009

TIRAI 2009 BAKAL DILABUH....

Hanya beberapa hari sahaja lagi tahun 2009 akan melabuhkan tirainya. Pasti pelbagai kenangan dan peristiwa pahit manis yang telah kita lalui. Apapun di harap tahun baru yang bakal tiba ini, akan membawa semangat yang baru untuk kita dalam menjalani kehidupan seharian. Apa agaknya azam anda untuk tahun 2010? :)... dan saya nana mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua dan juga kepada pendengar pendengar miri fm. Semoga apa jua perancangan anda untuk tahun 2010 ini akan berjalan lancar seperti yang anda rancangkan... :)

SEPETANG DIKEBUN MEMBER PART 2~


















hehehe macam ni lah keadaan bila tiba musim buah.. terima kasih buat idai di kampung lusut miri serta keluarga kerana sudi menerima kehadiran kami..

1. tu konon2 jer (Lakonan semata-mata).. hehehe

2. ni buah tarap namanya.. kalau belum pernah makan meh la datang ke miri.. kena cuba.. buahnya manis dan sangat sedap.. boleh di makan begitu saja atau nak buat cucur lagi lah sedap.. pergghhh

3. ni pulak, buah maritam.. kira dalam keluarga rambutan.. tapi kulitnya tajam.. dan isi macam rambutan.. sedappppp

4. hah ni durian.. isinya pergghhh manis dan lunak..

5. ni langsat.. segar dari kebun... mmm nyum nyum

6. ni upacara membuka durian hehehehe.. hari tu memang kitaorang sangat bertuah.. banyak durian yang gugur.. sampai tak ingat berapa biji durian nana makan.. balik jer rumah.. badan pun panas.. hehehe.. tapi apapun memang seronok bila musim buah melanda...

SEPETANG DIKEBUN MEMBER~


















jeng jeng jeng hehehehe ni aktiviti bulan 10 yang lalu... pergi kebun kawan.. maklumlah masa tu musim buah melanda miri.. macam2 ada... buah langsat ada, durian ada, buah tarap pun ada.. semua buah buahan tempatan lah... memang seronok sangat... apatah lagi makan free hehehe memang sangat sedap.. ;)

Thursday, December 24, 2009

selamat menyambut hari natal buat semua yang menyambut krismas.. dan juga buat semua pendengar pendengar miri fm.. esok nana akan bersiaran 26.12 dari jam 8pg sehingga 11pg dan juga dari jam 6ptg sehingga 9mlm.. ;)

hye

siaran miri fm boleh diikuti secara radio online dengan melusuri laman sesawang kami di www.miri.fm

Wednesday, December 23, 2009

PERMULAAN SATU EPISOD

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua blogger dan rakan-rakan..tanggal 24 disember 2009 ini maka terbentuklah blog terbaru dari saya atas ehsan dari abang saya JAI..Inilah permulaan perjalanan blog yang masih baru diarena blogging.

Sunset @ Luak Bay,esplanade
Rakan-rakan blogger,peminat dan pendengar mirifm dialu-alukan untuk memberi komen didalam blog ini. Dengan terbentuknya blog ini diharap kita akan dapat mengeratkan silaturahim sesama kita. Apa yang kurang datang dari saya dan yang terbaik hanya dariNYA….